Cara Buka Akaun ASB Guna Aplikasi MyASNB. Semua dalam satu aplikasi. Daftar myASNB dan mula melabur unit amanah ASNB.Â
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pelancaran kemudahan pendaftaran akaun dalam talian dan onboarding pelanggan digital (e-KYC) serta fungsi pelaburan yang berasaskan matlamat dalam aplikasi mudah alih myASNB.
Pengenalan perkhidmatan melalui aplikasi MyASNB ini membolehkan warga Malaysia membuka akaun melalui aplikasi myASNB tanpa perlu berkunjung ke cawangan atau ejen ASNB.
Antara ciri lain yang diperkenalkan di dalam aplikasi MyASNB adalah Target Labur iaitu fungsi pelaburan baharu berasaskan matlamat yang direka untuk mendorong setiap individu mencapai matlamat kewangan mereka seperti membeli hartanah, menyimpan untuk persaraan, merancang percutian atau mengetepikan sejumlah dana untuk pendidikan anak-anak.
Tonton video di bawah untuk cara membuka akaun ASB menggunakan aplikasi MyASNB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan