Cara Semak Baki Tabung Haji Online di Bank Islam Online Banking

Cara Semak Baki Tabung Haji Secara Online di Bank Islam Online Banking. Pihak tabung haji kini telah memberi kemudahan kepada anda untuk membuat linkkan akaun tabung haji dengan akaun bank anda yang lain seperti Bank Islam dan juga Maybank. Fungsi utama menghubungkan akaun Tabung Haji dengan akaun bank adalah untuk memudahkan seseorang keluarkan duit daripada akaun Tabung Haji melalui akuan bank sendiri.

Selain daripada itu, ia juga akan memudahkan seseorang yang nak transfer daripada akaun bank ke tabung haji atau sebaliknya. Dalam masa yang sama anda juga boleh menyebak baki terkini dalam akaun tabung haji anda.

Sekiranya anda mempunyai akaun perbankan online, anda juga boleh menyemak baki tabung haji dan membuat perpindahan dari akaun bank ke tabung haji lebih mudah tanpa perlu ke kaunter atau mesin ATM pun.

Dalam video di bawah saya kongsikan cara membuat semakan baki terkini akaun Tabung Haji secara online dan juga bagaimana untuk mendaftar haji secara online.

Semoga bermanfaat ye :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top