Cara Mencegah dan Mengawal Tekanan Darah Tinggi


Seperti yang anda tahu, tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang paling berisiko untuk menyerang golongan-golongan warga emas di Malaysia. Malah, ada juga golongan anak muda yang telah menghadapi penyakit darah tinggi. Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi, merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat dengan mendadak. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pengsan malah kematian. 

Antara beberapa faktor penyakit darah tinggi ini ialah, faktor pemakanan, persekitaran, tekanan dan stress. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai bentuk, dari segi kewangan, keluarga, tekanan masyarakat dan di tempat kerja. 

Artikel ada kali ini akan kongsikan bagaimana atau cara untuk mencegah serta mengawal tekanan darah tinggi supaya penyakit ini tidak sampai mendatangkan risiko yang kritikal kepada anda. 





1) Kurangkan stress 


Ramai yang sedia maklum bahawa, penyakit darah tinggi ini datang menyerang akibat stress dan tekanan yang anda hadapi. Seperti yang dikatakan tadi, terdapat banyak faktor yang menyebabkan manusia menjadi stress. Tambahan lagi kepada manusia yang menghuni di tengah bandar. 

Ada yang stress disebabkan masalah kewangan, masalah kekeluargaan, masalah pendidikan, masalah di tempat kerja dan lain-lain lagi. Namun, walau apa pun, tekanan dan stress ini perlulah dielakkan kerana ianya mendatangkan sesuatu yang buruk pada kesihatan anda. Jika anda sedang marah cuba mengurut-urut sedikit dada anda dan banyak meminum air kosong bagi menurunkan tekanan darah tinggi yang anda hadapi. 

Selain itu, jika anda marah ketika berdiri, bawa-bawalah badan untuk duduk dan jika anda marah ketika duduk, anda boleh menukar posisi dengan berdiri semula atau baring. Anda juga digalakkan untuk mandi. Ternyata hal ini menjadi. Jika anda sesorang muslim, anda digalakkan untuk berselawat sebanyak mana yang boleh. 



2) Kurangkan pengambilan garam


Seterusnya, pesakit darah tinggi hendaklah mengurangkan dan kalau boleh mengelakkan pengambilan garam yang mampu menjejaskan kesihatan badan anda. Garam bukanlah musuh utama kepada darah tinggi tetapi ianya menjadi bahaya kerana mengandungi kandungan natrium yang tinggi. Pengambilan makanan ringan yang tinggi kandungan garam hendaklah dikurangkan untuk memastikan tekanan darah anda sentiasa stabil.


Selain penyakit darah tinggi, penyakit seperti jantung dan kencing manis juga dapat menyerang kesihatan anda. Kerana banyak makanan yang diproses berisiko tinggi dapat memberi kesan yang negatif kepada fizikal anda. 


3) Kerap Bersenam 


Tahukah anda bahawa dengan mengamalkan senaman secara kerap anda juga boleh membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi anda? Melakukan senaman secara rutin sekurang-kurangnya 30minit sehari boleh membantu meningkatkan stamina badan serta meningkatkan kesihatan jantung anda. 

Selain itu juga, senaman juga boleh mengurangkan berat badan anda yang mana kebanyakan orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi adalah dikalangan orang yang mempunyai berat badan berlebihan ataupun dalam kalangan mereka yang obese.

Cara paling mudah untuk bersenam adalah dengan bersukan sama ada bermain permainan seperti badminton atau futsal, ataupun lebih mudah lagi dengan berjalan di taman sekurang-kurangnya seminggu sekali. 


4) Berehat secukupnya


Norma masyarakat manusia berkerja pada waktu siang untuk mendapatkan pendapatan pada setiap bulan. Berfikir dapat menimbulkan keletihan pada sistem saraf otak manakala menggunakan seluruh badan anda untuk bergerak dapat menimbulkan keletihan pada sistem otot dan urat disekitar tubuh badan. 

Maka, anda perlulah mendapatkan rehat yang secukupnya. Rehat diperlukan untuk mendapatkan cas-cas positif dan mengeluarkan cas-cas negatif yang ada pada dalam badan. 

Badan yang letih, dan mengandungi terlalu banyak cas-cas negatif dapat menimbulkan potensi yang membahayakan tubuh badan anda dan memberi tekanan darah tinggi kepada anda. 

Susunlah jadual anda dengan betul supaya waktu anda berehat dapat digunakan dengan sebetulnya. Lapangkan juga masa anda diantara pukul 10 malam hingga 11 malam untuk masa tidur anda yang lena dan sangat berkualiti. 




5) Makan Sayur Hijau dan Ulam Ulaman


Anda mungkin pernah mendengar pelbagai produk herba untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, tetapi sebenarnya cara terbaik untuk mengambil manfaat daripada herba-herba ini adalah dengan mengambil terus sebagai ulam-ulaman. Antara ulam yang baik untuk tekanan darah tinggi dan sangat mudah untuk ditanam adalah pokok ulam raja. Malah jika anda tidak berkesempatan untuk menanam, anda juga boleh dapatkannya di pasar tani berhampiran dengan anda.

Amalkan juga memakan sayuran hijau kerana terdapat banyak nutrient di dalam sayur hijau yang boleh membantu badan anda mengurangkan tekanan darah tinggi.

Akhir sekali, pemakanan yang seimbang penurunan kadar pengambilan lemak dan diet yang seimbang perlulah diamalkan untuk mengelak penyakit ini. Orang kata lebih bagus menghindar daripada merawat. Jadi mari kita sama-sama mengamalkannya agar kita terhindar daripada masalah tekanan darah tinggi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top