Cara Buat Duit Dengan Aplikasi WowApp


Apa itu WowApp? Ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana cara buat duit dengan aplikasi WowApp, tetapi sebelum saya menerangkan cara buat duit dengan WowApp, adalah lebih baik saya terangkan dengan jelas apa itu WowApp dan bagaimana ia berfungsi.

Ini adalah penting untuk memastikan anda tidak salah faham dengan fungsi WowApp yang sebenarnya.

Ok.


Apa Itu WowApp?


WowApp adalah satu aplikasi yang mempunyai fungsi hampir sama seperti Whatsapp. Tetapi terdapat banyak lagi fungsi tambahan yang membezakan WowApp dengan Whatsapp. Sepertimana yang kite sedia maklum, Whatsapp hanya boleh digunakan untuk chatting, panggilan suara dan video dan juga berkongsi gambar, dokumen dan lain-lain.

WowApp pula boleh digunakan untuk chatting, panggilan suara, panggilan video, berkongsi gambar dan dokumen, panggilan VoIP, bermain game, menjawab survey, menonton iklan, membeli secara online dan lain-lain lagi. Dengan erti kata lain, fungsi WowApp lebih banyak daripada fungsi WhatsApp.

WowApp boleh dimuatturun secara percuma di Google Play ataupun App Store. Malah WowApp juga mempunyai versi desktop yang membolehkan anda menggunakan semua fungsi yang sama terus dari komputer peribadi anda.

Tambahan kepada semua fungsi WowApp yang saya terangkan di atas, WowApp juga memberikan ganjaran dalam bentuk 'coin' untuk semua pengguna WowApp apabila menggunakan aplikasi tersebut.

'Coin' yang terkumpul kemudiannya boleh ditukar kepada wang tunai terus ke dalam akaun bank anda, atau Paypal atau anda boleh tukarkan kepada prepaid telefon anda. Daripada pengumpulan coin inilah WowApp dikenali sebagai aplikasi yang boleh menjana duit. 

Selain dari tunaikan coin, anda juga boleh memilih untuk mendermakan coin tersebut kepada badan-badan amal terpilih di seluruh dunia.

Teruskan membaca untuk mengetahui cara terbaik untuk mengumpul coin dan bagaimana cara untuk mengeluarkan duit daripada WowApp. Jika anda masih kurang jelas, anda boleh tonton video di bawah untuk lihat dengan lebih dekat berkenaan aplikasi WowApp.




Cara Buat Duit Dengan Aplikasi WowApp


Terdapat 7 cara untuk mengumpul coin atau buat duit dengan aplikasi WowApp. Jika anda lihat pada video di atas, anda akan dapati terdapat 7 bahagian di dalam WowApp iaitu:

  1. Instant Earn
  2. Go Shop
  3. Play Games
  4. Make Calls
  5. Smart Slide
  6. Smart Web
  7. App & Web Use

Instant Earn


Pada bahagian ini, anda diberikan peluang untuk mengumpul coin dengan menonton video iklan setiap 30 minit, menjawab survey sekiranya ada dan juga mencuba permainan atau aplikasi. Semua aktiviti ini akan memberikan anda coin sekiranya berjaya dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan.

Berdasarkan pengalaman saya, video memang boleh ditonton setiap 30 minit. Survey pula sesekali ada survey untuk anda buat tetapi bergantung juga sama ada anda layak untuk menjawab survey tersebut atau tidak. Mencuba aplikasi atau permainan pun tidak selalu ada.

Go Shop


Pada bahagian ini, anda berpeluang untuk kumpul coin di WowApp sambil membeli barang secara online. Konsep Go Shop ini hampir sama dengan Shopback iaitu setiap pembelian online anda akan dapat cashback, yang membezakannya adalah Shopback membayar anda terus dengan tunai, tetapi WowApp memberikan dalam bentuk coin terlebih dahulu.

Berdasarkan pengalaman saya menggunakan Shopback dan WowApp, kedua-duanya memberikan nilai peratusan cashback yang berbeza, sebagai contoh cashback yang anda dapat dari membeli di Lazada di Shopback adalah sehingga 11%, manakala di WowApp sehingga 9%. Contoh lain adalah pembelian di Ebay, jika anda membeli di Shopback cashback hanya 1%, tetapi jika anda menggunakan WowApp, cashback sehingga 4.5%.

Saya cadangkan anda menggunakan kedua-duanya iaitu Shopback dan WowApp dan pilih yang mana memberikan cashback tertinggi berdasarkan laman web online yang anda nak beli.

Play Games


Pada bahagian ini anda boleh buat duit dengan WowApp dengan bermain game secara online. Anda boleh terus bermain game tanpa perlu install permainan tersebut. Permainan yang tersenarai adalah permainan-permainan ringkas seperti Kingdom Rush, puzzle dan lain-lain.

Berdasarkan pengalaman saya bermain di WowApp game, permainan yang ada adalah memuaskan. Sekiranya anda bermain daripada smartphone, game yang tersenenarai adalah game yang sesuai untuk smartphone, dan jika anda bermain dari komputer, game yang tersenarai adalah game yang sesuai dengan komputer.

Coin untuk bermain permainan akan diupdate setiap 24jam.

Make Calls


Anda juga akan diberikan coin WowApp apabila anda membuat panggilan berbayar melalui VoIP. Anda boleh membuat panggilan secara percuma menggunakan WowApp messenger, tetapi jika anda nak buat panggilan antarabangsa atau panggilan kepada landline, anda boleh menggunakan WowApp dan mengisi kredit untuk panggilan.

Selama saya menggunakan WowApp, saya tidak pernah menggunakan perkhidmatan kerana tiada keperluan. Tetapi saya kerap menggunakan video call percuma di WowApp messenger.

Smart Slide


Smart slide adalah merujuk kepada unlock screen smartphone anda. Jika anda aktifkan penggunaan smartslide, anda akan nampak iklan pada lock screen anda. Iklan ini anda boleh skip atau anda boleh tekan dan lihat. Tidak kira sama ada anda tekan atau hanya lihat iklan yang terpapar, anda akan diberikan coin. Walaubagaimana pun, smartslide kini hanya boleh digunakan di telefon pintar android.

Berdasarkan pengalaman saya, smartslide sedikit sebanyak membantu untuk mengumpul coin. Walaupun kuantiti coin yang terkumpul oleh smartslide agak rendah, tetapi untuk jangka masa panjang, coin yang terkumpul tetap akan menjadi banyak.


Smart Web


Selain daripada anda boleh bermain game di komputer dengan WowApp, anda juga boleh gunakan WowApp smartweb. Ia adalah satu page hampir sama seperti enjin carian untuk anda gunakan untuk mencari informasi di internet. Smart web akan membantu anda untuk mengenalpasti ecommerce yang boleh menerima cashback dan juga anda boleh gunakan seperti biasa untuk mencari maklumat di internet.

App & Web Use


Cara paling mudah untuk kumpul coin WowApp adalah dengan menggunakan aplikasi WowApp ini secara aktif. Sama ada anda menggunakan versi aplikasi WowApp atau WowApp versi komputer, lebih aktif anda menggunakan WowApp untuk berkomunikasi atau lain-lain aktiviti, lebih cepat anda dapat kumpul lebih banyak coin.

Bagaimana untuk menjana lebih banyak coin dengan WowApp?


Soalan di atas adalah antara soalan yang kerap ditanyakan. Selain daripada 7 perkara di atas, anda juga boleh menjemput rakan-rakan anda untuk menggunakan aplikasi WowApp, ini adalah untuk memastikan anda akan aktif menggunakan WowApp. Selain itu juga, anda akan diberikan sedikit coin sekiranya kawan anda menggunakan WowApp. Dengan menjemput orang menyertai anda, anda akan mendapat coins hingga 8 level orang bawah anda.

Sistem jemputan ini dipanggil WowApp Network. Anda boleh bina WowApp Network anda sendiri. Sekiranya anda berminat, anda boleh sertai WowApp Network saya di sini: TheHaikal WowApp Team. Jika anda sertai Network saya, anda boleh bertanyakan apa-apa soalan terus kepada saya sekiranya ada sebarang masalah.




Berapa banyak boleh dijana dengan WowApp?


Tiada jawapan yang betul atau salah untuk soalan ini. Ini kerana, ianya bergantung kepada berapa aktif anda menggunakan aplikasi WowApp dan juga berapa ramai network anda yang aktif menggunakan aplikasi WowApp. Jika anda dan network anda aktif menggunakan WowApp, tidak mustahil untuk anda mengumpul antara 100coin - 500 coin (USD1-USD5) setiap hari. 

Mungkin anda mengharapkan nilai pendapatan harian yang lebih banyak, tetapi jika anda fikir semula, anda tidak akan dapat apa-apa ganjaran pun sekiranya anda menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi. Jadi USD1-USD5 itu adalah ganjaran sampingan yang anda dapat dengan menggunakan aplikasi WowApp ini.

Bagaimana cara untuk keluarkan duit dari WowApp?


Ada yang baru masuk sehari dan tanya bile duit boleh keluar. Saya tidak salahkan sesiapa kerana mungkin mereka masih belum faham. Jadi saya akan terangkan dengan terperinci bagaimana nak keluarkan dan syarat untuk keluarkan duit dari WowApp.

Secara umumnya, tiada jumlah minimum yang perlu dikumpul sebelum coin boleh ditukarkan kepada duit. TETAPI, coin yang terkumpul setiap hari perlu melepasi tempoh matang 60 hari sebelum ia boleh dikeluurkan. Sebagai contoh, pada 1.1.18 anda dapat 100coin. Jadi tempoh matang bagi coin tersebut adalah pada 1.3.18. Kemudian pada 2.1.18 anda dapat 500coin, jadi tempoh matang bagi hari tersebut adalah pada 2.3.18. Oleh itu pada 2.3.18, coin yang boleh ditukar kepada duit adalah 600coin.

Anda boleh tukar coin yang terkumpul kepada:

  1. Duit ke akaun bank
  2. Duit ke Paypal
  3. Topup Prepaid
  4. Kad Kredit
  5. Derma 

Fakta kurang tepat tentang aplikasi WowApp

Ramai yang fikir bahawa WowApp adalah aplikasi buat duit semata-mata. Hakikatnya, WowApp dicipta bukanlah semata-mata untuk buat duit atau kumpul coin. WowApp dicipta adalah untuk fungsi-fungsi yang dinyatakan di atas dan 'coin' ataupun duit adalah ganjaran sampingan yang diberikan kerana menggunakan aplikasi WowApp.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh sertai TheHaikal WowApp Team disini. Dalam group ini akan lebih mudah untuk anda bertanya soalan tentang WowApp.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top