Cara Didik Anak Perempuan. Secara asasnya, memiliki anak lelaki atau anak perempuan, adalah sama sahaja, kerana setiap anak yang dilahirkan adalah anugerah terbesar untuk sesebuah keluarga dan setiap satunya mempunyai kelebihan serta keistimewaan masing-masing. Apa yang paling penting adalah bagaimana ibu bapa mencorakkan, mengasuh dan mendidik anak-anak ini agar menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab pada masa hadapan.
Sepertimana yang dianjurkan dalam Islam, anak perempuan merupakan antara anugerah yang istimewa kepada ibu bapa. Oleh kerana kedudukan perempuan yang dimuliakan dalam Islam, maka adalah menjadi kewajipan bagi setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak perempuan dengan sebaiknya agar menjadi perempuan yang berbudi pekerti dan solehah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil berat semasa mendidik anak perempuan.
Sepertimana yang dianjurkan dalam Islam, anak perempuan merupakan antara anugerah yang istimewa kepada ibu bapa. Oleh kerana kedudukan perempuan yang dimuliakan dalam Islam, maka adalah menjadi kewajipan bagi setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak perempuan dengan sebaiknya agar menjadi perempuan yang berbudi pekerti dan solehah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil berat semasa mendidik anak perempuan.
1. Agama
Didikan paling utama sudah pastinya didikan agama yang mencukupi. Anak-anak ini harus dan sewajarnya dilengkapkan dengan ilmu agama dan ilmu mengenal Tuhan semenjak kecil agar mereka mudah untuk memahami dan mengamalkannya sehingga dewasa kelak.Ajaran Al-Quran, serta ilmu ibadah seperti puasa dan solat perlu didedahkan ketika usia anak-anak perempuan masih muda dan adalah penting untuk kehidupan mereka. Keimanan serta keyakinan yang teguh hasil daripada didikan agama yang mencukupi boleh menjadi panduan dan bekalan kepada anak-anak perempuan untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Satu lagi perkara adalah berkenaan dengan aurat seorang perempuan. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak perempuan tentang aurat dan keperluan untuk menjaga aurat. Ini adalah kerana menutup aurat adalah satu perkara yang wajib dilakukan dan sekiranya anak perempuan tersebut tidak menutup aurat setelah baligh kerana tidak dididik oleh ibu bapanya, pastinya saham akhirat untuk ibu bapa tersebut kurang baik.
2. Fahami Emosi Anak Perempuan
Anak-anak perempuan secara lahirnya dikurniakan sikap penuh kelembutan, feminin, sensitif dan penuh dengan emosi. Selain itu, anak-anak perempuan juga sebenarnya jauh lebih petah berbanding dengan anak-anak lelaki.Anak perempuan lazimnya lebih banyak bercakap berbanding anak lelaki dan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menerima keadaan ini dengan sewajarnya. Ibu bapa harus lebih terbuka dan seronok dalam melayani percakapan anak-anak perempuan bagi menjaga emosi mereka dan menjadikan anak-anak ini seorang yang lebih berkeyakinan.
Ia juga sekaligus dapat meningkatkan keinginan anak-anak ini untuk terus meneroka dan mencuba pelbagai perkara yang baru yang boleh memberikan pengalaman yang berbeza buat diri mereka.
3. Ajar Untuk Berdikari
Selain daripada itu, adalah penting untuk ibu bapa menggalakkan anak-anak perempuan agar dapat berdikari dan turut sama membantu menjalankan kerja-kerja seharian di rumah. Ini adalah bagi membentuk kepribadian yang baik dalam diri mereka dan membiasakan diri anak-anak perempuan ini dengan kerja-kerja rumah yang lazimnya dilakukan oleh perempuan.Ini juga adalah penting bagi membina perasaan tanggungjawab di kalangan anak-anak perempuan agar mereka memahami susah payah ibu dan bapa yang sering melakukan kerja-kerja seharian di rumah.
Di samping itu, anak perempuan juga boleh didedahkan dengan kerja-kerja yang lazimnya dilakukan oleh orang lelaki seperti membaiki paip atau mencuci kereta. Aktiviti sebegini boleh dilakukan bersama-sama dengan bapa dan seterusnya mengeratkan hubungan di antara anak perempuan dan bapanya.
4. Berikan ruang untuk menjadi kreatif
Di samping itu, ibu bapa juga tidak perlu untuk mengehadkan imaginasi dan kreativiti yang ditunjukkan oleh anak-anak perempuan. Meskipun secara lazimnya anak-anak perempuan gemarkan anak patung atau alatan untuk bersolek, tiada salahnya jika anak-anak perempuan itu menunjukkan minat mereka untuk berkebun dan bersukan.Anak-anak perempuan juga harus diberi galakan dan sokongan yang berterusan dengan apa yang mereka minati dan ingini. Malah, sekiranya anak-anak perempuan ini meminati sukan lasak seperti berkayak atau bermain bola, adalah menjadi peranan ibu bapa untuk terus menyokong dan memberikan galakan yang sepenuhnya kepada mereka.
Apa yang paling mustahak adalah agar anak-anak perempuan ini tidak melampaui batas mereka sebagai seorang perempuan dan terus menjaga keperibadian mereka sebagai seorang perempuan.
5. Dengar pendapat mereka
Ibu bapa juga perlu mendengar dan mengambil kira pendapat yang dikemukakan oleh anak perempuan. Ini kerana jiwa anak perempuan yang lebih sensitif dan beremosi lebih mudah untuk menyebabkan mereka berasa kecil hati dan rendah diri sekiranya pendapat dan pertanyaan yang mereka ajukan kepada ibu bapa tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa.
Dengari pendapat mereka dan tunjukkan minat dengan apa yang mereka kemukakan kerana dengan cara ini dapat membantu mereka untuk menjadi seorang yang lebih yakin dan kreatif.
Dengari pendapat mereka dan tunjukkan minat dengan apa yang mereka kemukakan kerana dengan cara ini dapat membantu mereka untuk menjadi seorang yang lebih yakin dan kreatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan