Cara Daftar SimKad Yoodo Dan Kelebihannya


Cara Daftar SimKad Yoodo Dan Kelebihannya. Belum lagi hilang panas berkenaan Unifi Mobile dengan SimKad percuma dan 20GB LTE, kini satu lagi telco baru muncul yang mengenengahkan satu lagi ciri baru yang menarik. Yoodo adalah satu telco baru yang menyatakan mereka adalah syarikat yang di 'funded by Celcom'.

Yoodo memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menentukan bentuk plan yang pengguna inginkan sendiri. Untuk pendaftaran dan mendapatkan SimKad Yoodo, semuanya boleh dilakukan secara online sama ada dengan menggunakan laman web Yoodo ataupun melalui aplikasi Yoodo. Anda boleh dapatkan simkad Yoodo secara percuma dan dihantar terus ke peti surat anda tanpa sebarang cas penghantaran.


Apabila anda telah menerima simkad tersebut, anda perlu lakukan pengaktifan serta pengesahan identifikasi anda sendiri.

Untuk proses  pengesahan untuk pendaftaran, anda hanya perlu mengimbas kad pengenalan atau passport, kemudian mengambil gambar selfie sebagai bukti.

Selain dari itu, pengguna boleh melakukan tetapan pelan mereka menerusi aplikasi, dan memilih kuota data, panggilan, SMS mengikut apa yang mereka kehendaki. Dan tetapan ini boleh diubahsuai mengikut kesukaan pelanggan, walaupun selepas membeli Yoodo. Yoodo turut menawarkan beberapa pek data, iaitu untuk YouTube, Facebook dan juga Instagram.

Video dibawah akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk memohon simkad percuma daripada Yooda dan bagaimana anda boleh memilih plan anda mengikut keperluan anda.


Bagi anda yang masih kurang berpuas hati dengan plan yang digunakan  sekarang, mungkin anda boleh cuba plan mudah ubah oleh Yoodo ini. Dari segi coverage, saya percaya ianya serupa dengan coverage Celcom.

1 ulasan:

Back To Top