Cara Beli Barang di Amazon


Cara Beli Barang Di Amazon. Amazon adalah salah satu daripada ecommerce terawal dan terbesar di dunia. Amazon asalnya dibina untuk pengguna di Amerika sahaja. Walaupun begitu, kini Amazon telah berada di negara lain seperti Japan dan UK. 

Bagi pengguna di Malaysia, anda juga boleh sebenarnya boleh membeli barang di Amazon. Artikel kali ini akan kongsikan 2 kaedah yang boleh digunakan untuk membeli barang di Amazon.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli barang di Amazon, satu perkara yang perlu anda ambil berat adalah berkenaan kos penghantaran ke Malaysia. Ini adalah kerana, kekangan utama pembelian daripada Amazon adalah kos penghantaran ke Malaysia yang mahal dan juga bukan semua penjual di Amazon nak hantar ke Malaysia. 

Malah ada kalanya kos penghantaran adalah lebih tinggi berbanding harga barang itu sendiri.

Tetapi jika ada barang yang anda nak beli dan HANYA ada dijual di Amazon, ketika itu anda tiada pilihan selain membeli barang tersebut dari Amazon.

Gunakan salah satu daripada 2 kaedah ini untuk membeli barang dari Amazon.


Amazon Global


Amazon Global adalah sebahagian daripada laman web Amazon. Amazon Global adalah senarai penjual yang menjual dan menghantar barang yang mereka jual ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Untuk masuk ke Amazon Global anda boleh terus Google 'Amazon Global' atau terus masuk dengan link ini - Amazon Global

Dengan Amazon Global, anda boleh mencari barang seperti biasa dan setiap barang yang ada di dijual di Amazon Global boleh dihantar ke Malaysia. Di akhir artikel ini saya ada kongsikan video untuk lebih jelas perbezaan antara Amazon dan Amazon Global.

Ezbuy


Cara kedua untuk membeli barang di Amazon adalah dengan menggunakan ejen. Ezbuy adalah salah satu ejen terbaik yang saya selalu gunakan untuk membeli barang dari China dan di Taobao. Selain itu, Ezbuy juga memberikan perkhidmatan untuk pembelian di Amazon.

Dengan Ezbuy, kos penghantaran antarabangsanya adalah lebih rendah. Tambahan lagi jika anda pengguna Prime Ezbuy, kos penghantaran antarabangsa anda hanyalah RM8.80 tanpa mengambil had kuantiti dan berat barang.

Untuk membantu anda lebih memahami apa yang saya nyatakan dalam artikel ini, anda boleh rujuk video cara beli barang di Amazon menggunakan Amazon Global dan Ezbuy di sini:


Secara peribadi, saya lebih suka menggunakan Ezbuy untuk membeli barang dari Amazon. Walauapapun, ia bergantung kepada anda. 

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira adalah masa yang diambil untuk barang sampai ke rumah anda. Untuk pembelian antarabangsa, biasanya mengambil masa lebih kurang sebulan untuk barang anda sampai ke rumah. Jadi jika anda nak guna barang tu segera, membeli di Amazon atau di luar negara bukanlah alternatif yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top