Cara Mulakan Pelaburan Emas Dengan Modal Kecil


Pernah dengar pasal pelaburan emas? Saya pasti sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelaburan emas menjadi salah satu topik hangat dalam dunia pelaburan. Tambahan lagi nilai mata wang Ringgit Malaysia yang tidak menentu, pelaburan dalam bentuk komoditi emas adalah salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Kenapa emas?

Emas adalah logam yang paling bernilai dalam dunia ini. Apa yang menariknya, nilai emas boleh dikatakan tetap dan tidak dimakan inflasi sebagaimana matawang kertas dan syiling. Anda boleh bawa emas ke mana-mana sahaja di dunia dan ia masih bernilai dan boleh didagangkan di mana-mana.

Kekurangan emas

Satu sahaja kekurang emas ialah dari segi kecairannya. Ini bermaksud, kita tidak boleh membeli barang terus dengan menggunakan emas, sebaliknya kita perlu nilaikan emas tersebut dengan nilai mata wang kemudian baru boleh berbelanja dengan wang tersebut. 


Kelebihan emas

Kekurangan emas yang saya sebutkan di atas tadi sebenarnya boleh juga dianggap sebagai satu kelebihan. Ini kerana, apabila sukar untuk dicairkan, maka duit akan sukar untuk dibelanjakan dan menjadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan yang efektif.

Selain itu juga emas mempunyai nilai yang tinggi dan stabil sepanjang zaman. Sebagai contoh, pada zaman dahulu, harga seekor kambing adalah 1 dinar, dan nilai kambing sekarang juga adalah lebih kurang 1 dinar (RM800-900).

[Info: 1 dinar emas bersamaan dengan 4.25g emas] 

Saya tak ada duit! Boleh buat pelaburan emas ke?

Konsep asas mana-mana pelaburan adalah beli semasa murah, jual semasa mahal. Beza nilai tersebut adalah nilai keuntungan kita. Begitu jugalah konsep pelaburan emas. Walau bagaimanapun, pelaburan dengan cara ini agak berisiko.

Bagi saya, emas bukan sahaja medium untuk pelaburan, tetapi untuk mengekalkan nilai kewangan yang kita ada dan juga sebagai simpanan yang lebih terjamin di masa akan datang.

Saya akan kongsikan beberapa cara untuk memulakan pelaburan emas dengan modal kecil. Tetapi sebelum anda memulakan pelaburan emas, suka saya ingatkan bahawa pelaburan emas bukanlah pelaburan jangka masa pendek, tetapi lebih kepada pelaburan jangka masa panjang untuk menyelamatkan nilai matawang anda.

Mulakan Dengan 1 gram.

Kita boleh mulakan pelaburan emas dengan membeli bar emas dengan berat 1gram. Harga untuk 1 gram gold bar lebih kurang RM200 mengikut turun naik harga emas. Setiap kali dapat gaji, peruntukkan RM200 untuk membeli 1 g emas. Amalkan pembelian 1 g emas setiap bulan. Dalam masa setahun, anda akan ada 12g emas.

Pembelian dengan cara ini tidak memerlukan anda terlalu terikat dengan harga semasa emas. Tidak kira harga emas tinggi atau rendah, beli setiap bulan. Keuntungan akan dierolehi disebabkan konsistensi anda membeli setiap bulan.


Mulakan dengan 1 dinar

Jika anda mempunyai bajet agak tinggi setiap bulan, anda boleh mulakan dengan 1 dinar. Walaupun pembelian pada permulaan agak tinggi, tetapi sebenarnya ia lebih murah berbanding beli 4 g emas (1g emas x 4).

Jangan Beli Emas Barang Kemas

Walaupun untuk membeli barang emas barang kemas lebih mudah, ianya sangat tidak sesuai untuk pelaburan emas. Jika anda nak simpan emas sebagai pelaburan, jangan sesekali beli emas barang kemas. Ini adalah kerana harganya jauh lebih mahal kerana 'cas pembuatan' lebih mahal berbanding cas pembuatan 1 dinar atau 1g bar emas.

Emas barang kemas hanya sesuai untuk dijadikan hadiah dan cenderahati untuk yang tersayang 😍

Beli Dari Syarikat Yang Dipercayai

Di Malaysia, tidak banyak pembekal emas fizikal untuk tujuan pelaburan. Salah satu yang paling di percayai adalah Public Gold. Pembelian emas di Public Gold mestilah melalui agen yang sah sahaja.

Beli dan Jual dari Syarikat Yang Sama

Sekiranya anda nak jual semula emas yang anda dah beli atas sebab-sebab tertentu, cara terbaik adalah dengan menjual semula kepada syarikat yang asal. Ini adalah untuk mengelakkan anda kerugian. Jika anda menjual di kedai emas atau di syarikat yang lain, harga yang ditawarkan boleh menyebabkan anda mengalami kerugian.


Sertai akaun GAP

Akaun GAP atau Gold Accumulation Program membolehkan anda membuat pelaburan emas dengan modak serendah RM100. Public Gold juga ada menyediakan GAP untuk pengguna yang mempunyai modal yang kecik setiap bulan tetapi tetap mahu membeli emas.

Jika anda nak memulakan pelaburas emas tetapi mempunyai modal rendah, sibuk, jauh dari cawangan atau takut menyimpan emas sendiri, anda adalah sesuai untuk sertai Program GAP ( Gold Accumulation Program) untuk kumpul emas sedikit demi sedikit. Program emas akaun GAP membolehkan penyimpan emas membeli emas dan tersimpan di dalam akaun GAP.

Ok.

Pada saya, emas adalah sangat baik bukan sahaja sebagai pelaburan, tetapi dalam masa sama sebagai simpanan jangka masa panjang. Mulakan dengan 1g emas. Anda pasti mahu kumpul gram yang seterusnya 😊 Oh ya, jika anda dah banyak kumpul emas fizikal, dan dah cukup haul dan nisab, jangan pula lupa tentang perlunya membayar zakat emas. 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top