Cara Jana Pendapatan Sampingan Dengan Menjawab Online Survey di Globaltestmarket

online survey malaysia

Pernah tak dengar berkenaan online survey di Globaltestmarket? Sebelum ini saya ada membuat ulasan tentang Toluna. Selain daripada Toluna, ada survey panel lain yang boleh kita sertai untuk mendapat pendapatan sampingan secara online. Satu lagi survey panel yang boleh disertai adalah Globaltestmarket.

online survey malaysia

Globaltestmarket telah wujud sejak 1999 dan mempunyai klien di lebih dari 60 buah negara. Jadi banyak syarikat-syarikat besar yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk membuat pungutan suara pengguna ke atas produk-produk mereka.

Seperti biasa pendaftaran bagi online survey adalah percuma. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk saya dan anda sertai. Ini bermakna kita tidak akan rugi satu sen pun dengan menyertai survey panel ini. 

Anda juga boleh daftar menggunakan akaun Facebook atau Twitter anda.

Setelah kita daftar, kita boleh masuk ke dalam akaun Globaltestmarket kita. Dan kita akan dapat paparan seperti di bawah. 

Untuk permulaan kita perlu membuat survey berkenaan peribadi dan latarbelakang kita . Ini adalah penting untuk menyesuaikan jenis survey yang bakal kita terima. Langkah ini adalah amat penting. Jika kita kita tidak kemaskini survey ada kemungkinan kita tidak akan dijemput langsung untuk menjawab survey.


Setiap kali kita ada survey untuk dijawab, pihak Globaltestmarket akan menghantar emel jemputan kepada emel yang kita daftarkan. Jadi pastikan emel yang didaftarkan adalah emel utama anda atau emel yang anda selalu periksa.

Bagi setiap jemputan survey online, mata yang diberikan adalah dalam lingkungan 10-50 mata. Dan jika kita terkeluar pada saringan awal survey kerana tidak sesuai dengan demografik yang mereka perlukan, 5 mata tetap diberikan kepada kita.

Mata-mata ini boleh ditukar dengan pendermaan dan baucer apabila mata telah mencapai 60 mata dan cek tunai boleh ditebus apabila mata mencapai 1100 (USD50). 



Baru-baru ini saya telah berjaya memperolehi cek pertama daripada Globaltestmarket USD50. Tetapi agak lambat diterima selepas penebusan dibuat, masa yang diambil untuk sampai ke rumah lebih kurang 1 bulan.





Penebusan dibuat pada 22.7.15, cek diterima pada 20.8.15


Peringatan:

  • Anda mungkin menerima jemputan untuk menjawab online survey, tetapi anda mungkin tidak layak atau tidak sesuai dengan demografi subjek yang diperlukan atau kuota yang diperlukan telah penuh.
  • Tebusan ganjaran mungkin mengambil masa yang lama. Dalam pengalaman saya sehingga 1 bulan sebelum cek sampi ke rumah kita. Kita juga boleh menebus ganjaran ke Paypal. Bayaran biasanya dibuat dalam masa satu minggu sahaja jika melalui Paypal.
  • Anda hendaklah menjawab soalan yang diberikan dengan jujur.
  • Masa yang diperlukan untuk menjawab soalan adalah lebih kurang 15 minit ke 30 minit bergantung kepada soalan.
  • Kekerapan jemputan survey adalah tidak menentu. Pada permulaannya mungkin anda kurang mendapat jemputan. Tetapi lama kelamaan semakin kerap anda dijemput untuk menjawab survey. Dalam satu minggu lebih kurang 5-10 jemputan survey.
  • Anda tidak akan menjadi Billionaire dengan hanya menjawab survey.

Begitulah Cara Mendapatkan Pendapatan Sampingan Dengan Menjawab Survey di Globaltestmarket. Anda tidak akan rugi apa-apa dengan mendaftar di Globaltestmarket.


Berminat?



Jika anda berminat masukkan emel anda di borang penyertaan di bawah. Anda akan menerima emel jemputan khas untuk menyertai program online survey Globaltestmarket.





Kenapa perlu masukkan emel anda ?

Sebenarnya anda ada pilihan untuk terus cari Globaltestmarket di Google dan sertainya dari situ. Saya perlukan emel anda adalah untuk memberitahu kepada pihak Globaltestmarket bahawa anda dirujuk oleh saya dan sekiranya anda mendaftar di Globaltestmarket, saya akan diberikan ganjaran 20 mata. Bagi saya ianya win-win situasion. Anda mengetahui tentang Globaltestmarket daripada saya, dan saya mendapat sedikit ganjaran. 

Saya berani jamin bahawa Globaltestmarket adalah salah satu online survey di Malaysia yang sah ;-)

Update: 

Saya baru sahaja menerima ganjaran ke akaun Paypal saya berjumlah USD50 (~RM200++) daripada online survey di Globaltestmarket ;-)
Back To Top