Jumaat, 27 Julai 2018

Cara Mudah Belajar Bertutur Dalam Bahasa Inggeris


Di Malaysia, Bahasa Inggeris adalah antara subjek utama yang perlu dipelajari sejak daripada sekolah rendah, menengah sehinggalah ke alam pekerjaan. Ramai rakyat Malaysia dari kesemua peringkat umur sudah boleh bertutur didalam bahasa Inggeris. Namun, beberapa peratus lagi masih lagi tidak mampu untuk menghadam, mempelajari dan bertutur didalam bahasa itu. 

Pelbagai alasan yang cuba diberikan, seperti contoh, tiada masa untuk belajar, tiada siapa yang mahu mengajar dan ada juga yang tidak berminat langsung untuk menimba ilmu yang baharu. Menuntut ilmu sehingga ke negara China. Tidak salah untuk mempelajari benda yang baharu kerana ianya untuk kepentingan kita juga suatu hari nanti. 

Tambahan pula, kebanyakan pusat institusi pendidikan awam dan swasta kerap mengadakan temuduga didalam bahasa inggeris. Jangankan kata pusat pendidikan, jika anda masuk ke alam pekerjaan juga ada sahaja tempat-tempat kerja yang menjalankan sesi temuduga didalam bahasa inggeris. 

Bahasa inggeris dapat meningkatkan nama Malaysia kearah yang lebih maju dan cerah. Malaysia juga akan dipandang tinggi jika keseluruhan rakyatnya fasih dalam beberapa bahasa. Tidak cuma Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa sampingan. Bagi anda yang masih lagi tidak fasih dalam berbahasa inggeris, disini saya ada beberapa tips untuk anda semua bagaimana hendak bertutur atau berkomunikasi didalam bahasa inggeris dengan mudah dan cepat. 




1) Melawati Laman Sesawang


Jika anda mempunyai masa yang terluang untuk mempelajari bahasa inggeris, anda boleh melawati beberapa laman sesawang yang ada di Google. Seperti contoh, Lingohut. 

Di laman sesawang ini, terdapat banyak bahasa yang boleh anda pelajari. Seperti, bahasa inggeris, Spanish, Arabic dan lain-lain. Anda akan diajar satu persatu untuk bertutur didalam bahasa inggeris. Ayatnya juga lebih kurang senang dipelajari dan difahami. Terdapat ribuan ayat yang akan anda pelajari didalam laman sesawang ini. Bahasa Inggeris perlu dipelajari memandang peluang untuk memasuki ke alam pekerjaan jika anda seorang yang fasih berbahasa inggeris adalah sangat besar .

Sama juga jika anda ialah pemohon upu untuk ke IPTA, kebanyakkan kursus yang ditawarkan memerlukan pelajar yang boleh memahami dan bercakap didalam bahasa inggeris seperti kursus media dan komunikasi di Universiti Teknologi Mara, kursus Pembangunan Bandar dan Wilayah yang juga di Universiti Teknologi Mara. Walaupun kursus melibatkan bahasa melayu iaitu bahasa kebangsaan kita seperti contoh Akademi Pengajian Bahasa Melayu, mereka masih lagi menyelitkan penggunaan bahasa inggeris sewaktu temuduga pengambilan pelajar mereka. Hal ini menjadikan Bahasa Inggeris ialah bahasa yang perlu dipelajari dikesemua peringkat umur. 


2) Menonton Filem


Ramai masih tidak tahu lagi cara yang mudah untuk bertutur didalam bahasa inggeris. Ianya bukanlah sesuatu yang terlalu susah. Salah satu caranya dengan menonton filem. Bukan Filem melayu yang anda perlu tontoni, tetapi anda harus menonton filem inggeris. Tidak kesah, cerita berkategori cinta, hantu, misteri atau kekeluargaan sekalipun. 

Untuk permulaan, saya amat galakkan untuk anda membuka sari kata filem tersebut. Sambil melayan filem anda boleh jeling-jeling di sari kata bahasa inggeris yang dipaparkan untuk memahami dengan lebih jelas maksud si pelakon itu sampaikan. Jika anda tidak faham, anda digalakkan juga untuk mengulangi semua scene tersebut sehingga anda memahaminya. 

Pilih juga filem yang berepisod supaya anda mempunyai perasaan ingin tahu lagi, dan lagi. Dari situ, anda akan dapat mempelajari bahasa inggeris dengan mudah dan tanpa menimbulkan perasaan yang membosankan apabila anda mempelajari sesuatu bahasa. Jika anda sudah mahir, saya galakkan anda untuk menutup sari kata filem tersebut dan cuba untuk membuat latihan mendengar sahaja tanpa melihat sari kata yang ada di bawah filem tersebut. 


3) Mendengar muzik


Rajinkan diri untuk membuka youtube, mendengar beberapa lagu inggeris yang anda sukakan dan menyanyilah bersama dengan penyanyinya atau anda boleh memuat turun aplikasi Joox untuk memuat turun beberapa jenis lagu inggeris yang hitz sekarang di radio. 

Aplikasi ini sangat mudah kerana ianya tidak menggunakan data yang terlalu banyak dan terdapat juga lirik disertakan sewaktu anda memainkan lagu kegemaran anda. 

Lirik lagu perlu di baca supaya perkataan yang anda sebutkan ketika menyanyi adalah betul dan tepat. Lirik lagu juga dapat memudahkan proses penyebutan bahasa inggeris tersebut. Lagu yang dipilih perlulah berirama perlahan dan bukannya berkategori rap atau metal. Anda boleh dan tiada siapa yang akan menghalang anda untuk memasang lagu rap dan metal. Namun, anda perlulah yakin untuk menyebutkan perkataan itu dengan tepat dan fasih dahulu baru anda boleh meneruskan niat anda.


4) Bercakap seorang diri


Selepas menonton filem dan mendengar lagu didalam bahasa inggeris. Bolehlah mencabar diri anda untuk berlatih bercakap seorang diri pula. Dengan bercakap seorang diri, anda dapat membaik pulih bahasa inggeris anda dengan lebih baik. 

Bercakap dengan sorang diri juga dapat menjadikan anda lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang luar suatu hari nanti. Cakaplah apa sahaja yang anda mahu sewaktu ini dengan niat untuk menambah pengetahuan dan ingin belajar. Ramai penutur bahasa inggeris diluar sana menggunakan kaedah ini suatu ketika dahulu. Lihat sekarang mereka juga sudah mula menguasai bahasa inggeris ini. 

Ada juga yang bertutur dihadapan cermin untuk mengetahui memek wajah mereka sewaktu menutur. Ini juga penting untuk anda lebih yakin dengan diri anda sewaktu berbicara dengan orang lain. Memek muka juga sangat memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perbualan. 




5) Cabar diri


Kini tiba masanya untuk anda mencabar diri anda sendiri. Jika anda kebetulan berjalan di kawasan yang sibuk dengan para pelancong dari luar negara, anda boleh menegur mereka dengan bahasa inggeris. Seperti contoh, anda ingin menolongnya untuk mengambilkan gambar, membawa barang mereka ke stesen-stesen pengangkutan awam yang ingin mereka tuju dan lain-lain.

Situasi ini tidak mendatangkan kerugian, sebaliknya daripada anda mendapat pujian dan membanggakan Malaysia sebagai rakyat mesra pelancong anda akan semakin fasih dalam berbahasa inggeris. 

Jangan menjadikan alasan anda lebih kerap dirumah berbanding berada di tempat itu, anda tidak boleh mencabar diri sendiri. Anda boleh menggunakan laman media sosial seperti contoh Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain untuk berkomunikasi dengan orang luar negara. 

Disebalik keriuhan untuk belajar dan fasih didalam bahasa inggeris, jangan pula diketepikan bahasa melayu yang sememangnya bahasa kebangsaan dan bahasa unggul di Malaysia. Akhir kata, jadilah insan yang ingin menerokai pelbagai ilmu daripada manusia yang dianggap seperti katak dibawah tempurung. Sekian Terima Kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan