Ahad, 29 Julai 2018

Cara Menghias Bilik Tidur


Cara menghias bilik tidur. Bilik tidur merupakan satu ruang untuk seseorang itu merehatkan minda serta fizikal dari melakukan pekerjaan harian. Bilik tidur juga, ruang yang paling penting untuk sesorang manusia memanjakan diri dari kesibukan harian. Warna, susunan dan suasana yang harmoni dan menarik dapat menimbulkan aura positif kepada mental dan tubuh badan anda. 

Namun, bagaimana hendak menimbulkan suasana seperti itu jika susunan perabot anda membuatkan bilik anda menjadi sempit, warna dinding juga kusam dan tidak bermaya, kurang aksesori didalam bilik membuatkan anda berasa bosan jika hendak masuk kedalam bilik walhal bilik ialah tempat dimana menjadi kegemaran bagi sesorang yang penat selepas pulang dari bekerja. Saya ada beberapa tips yang ingin dikongsikan kepada anda cara untuk menghiasi bilik anda dengan betul dan berkesan. 




1) Membuat pelan hiasan bilik tidur baharu 


Saya mencadangkan kepada anda semua, untuk membuat pelan bagi bilik tidur anda, sebelum melakukan kerja-kerja pengubahsuaian. Buatlah pelan anda seringkas mana yang boleh bagi memastikan anda tidak melakukan 2 atau 3 kali kerja pengubahan kedudukan perabot. 

Ambil kertas A4 atau buku lakaran untuk membuat pelan, kemudian lukis dari sudut pandangan atas. Labelkan apa yang dilakar supaya anda tidak lupa. Catatkan sedikit nota pada bahagian yang tertentu untuk warna dinding dan langsir jika anda hendak mengubahnya juga. 

Melukis pelan ini, amat digalakkan menggunakan imaginasi yang tinggi. Kelebihan dan anugerah untuk anda yang boleh merancangnya dengan menggunakan akal fikiran tanpa melakar merupakan satu bonus yang diberikan tuhan. 


2) Menentukan tema bilik 


Seterusnya, semasa membuat pelan anda digalakkan utuk berfikir apa tema yang sesuai bagi bilik tidur anda. Jika anda tidak mempunyai banyak idea untuk tema bilik tidur anda, gunakanlah google untuk mencari maklumat. Banyak tema yang google boleh paparkan kepada pengguna-pengguna mereka berkaitan dengan tema bilik tidur. Anda juga boleh mengikuti perkembangan tema yang terkini. 

Bagi saya, saya lebih suka menggunakan tema bohemian untuk bilik saya. Tema ini banyak memainkan peranan dari segi warna dan hiasannya. Pemilihan warna cadar dan sekelilingnya amatlah penting. Tema ini juga tidak dinafikan lagi banyak menggunakan modal selain menggunakan aksesori yang sarat. 

Jika anda seorang peminat Bollywood, anda juga tidak dilarang untuk mengenekan tema Bollywood untuk bilik anda. Tetapi, anda perlu handal dalam menggunakan warna. Kerana, orang india sangat mengutamakan penggunaan warna dalam kehidupan harian mereka. Warna-warna yang digunakan mereka juga sangat kontra dan banyak menggunakan warna-warna yang panas seperti contoh, merah, jingga, kuning dan lain-lain. 

Jika anda tidak mahu mengeluarkan modal yang banyak cukuplah dengan menggunakan tema ringkas sahaja untuk bilik tidur anda. Selain ringkas, ia dapat menimbulkan suasana harmoni kerana penggunaan perabot yang tidak begitu banyak, warna yang harmoni seperti contoh penggunaan warna-warna pastel dan tidak menggunakan aksesori yang terlampau banyak. 


3) Menukar kedudukan perabot



Selepas menyusun atur perabot dan sudah menentukan tema bilik tidur anda didalam pelan, anda boleh melakukan aktiviti seterusnya dengan menukar kedudukan perabot yang ada didalam bilik tidur anda. Susunannya dengan berpandukan pelan yang sudah dibuat diatas kertas tadi. 

Jika bilik anda kecil dan sempit, saya sarankan untuk anda menggunakan perabot yang sedikit bilangannya daripada menggunakan 1 hingga 3 meja bersaiz yang sama. Ianya dapat menyempitkan ruang yang sudah sedia kala sempit. 

Untuk bilik tidur yang serba ringkas dan mempunyai ruangan yang sempit, anda digalakkan untuk meletakkan katil, meja solek dan almari sahaja. Ini dapat menjadikan bilik anda luas. Saiz perabot juga, anda digalakkan menggunakan saiz yang kecil sahaja berbanding mempunyai meja solek yang berukir-ukiran dan dapat memakan ruang terlalu banyak sehinggakan ruangan anda menjadi sempit. 

Jika anda ingin menjimatkan ruang lagi, anda boleh mengubah suaikan almari dengan meletakkan barang-barangan solek anda didalam almari. Namun, idea ini bagi mereka yang tiada masalah dengan aktiviti pengubah suaian. 




4) Menukar warna dinding bilik tidur 



Ramai yang tidak tahu bahawa, warna dinding dibilik mempengaruhi perasaan dan aura sesuatu bilik. Bagi yang pulang dari kerja dengan penat dan tidak mahu diganggu, anda akan lagi berasa ingin marah dan penat jika melihat warna bilik anda terdiri dari warna warna yang panas seperti contoh warna oren, merah, hitam atau warna-warna gelap dan lain-lain. 

Setiap manusia menginginkan keselesaan dan ketenangan apabila melangkah masuk ke bilik tidur. Selain itu, warna juga dapat mengambarkan tentang personality seseorang. Disini saya memberikan beberapa warna yang boleh anda aplikasikan didalam bilik tidur anda. 


A) Putih


Selain daripada dikenali oleh orang ramai sebagai warna yang neutral. Warna ini dapat menimbulkan aura bersahaja didalam bilik tidur anda. Warna ini juga sangat sesuai dengan padanan perabot yang berwarna terang, gelap dan lain-lain. Tidak perlu pening kepala, jika perabot anda tidak sesuai dengan warna lembut yang lain. Cat sahaja dinding anda warna putih. Pasti ia kelihatan lebih menarik dan kontemporari. Ia juga lebih kelihatan ringkas dan tenang jika dilihat setiap hari. 


B) Pastel


Jika anda bukan peminat warna putih dan merasakan putih ialah warna yang terlalu simple. Anda juga boleh menggunakan warna lembut yang lain seperti contoh warna biru lembut, kuning lembut, coklat terang atau merah jambu.

Warna-warna ini dapat diaplikasikan untuk ruangan bilik tidur yang sempit dan tidak luas. Warna-warna tenang ini dapat menampakkan bilik yang sempit menjadi luas. 


5) Menambah aksesori di bilik tidur


Bagi golongan remaja, pastinya mereka berasa cepat bosan jika bilik tidur yang mereka diami tidak mempunyai sebarang aksesori dan kelihatan kosong. Anda boleh meletakkan beberapa aksesori didalam bilik anda. 

Letakkan set bunga di atas meja solek, ditepi tingkap atau ditepi katil untuk menaikkan aura dibilik anda. Jika mahu yang ringkas, letak sahaja pokok kaktus yang comel-comel itu di tepi rangka tingkap dibilik anda. Selain senang untuk dijaga ianya dapat menyimpan kuasa-kuasa cas positif di ruangan itu. 

Anda juga boleh menyangkut bingkai-bingkai gambar di dinding bilik tidur anda. Jika anda seorang yang mempunyai lebihan masa yang panjang dan anda juga seorang yang kreatif anda juga boleh membuat frame diy untuk bilik tidur anda lebih kelihatan menarik, tertarik dan seperti tuannya. 

Sekian sahaja dari saya, cara-cara untuk mengiasi bilik tidur anda. Pastikan kebersihan bilik tidur anda juga terjaga supaya sesuai dengan tema bilik anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan