Jumaat, 26 Januari 2018

Cara Mudah Jual Barang di Shopee


Cara Mudah Jual Barang di Shopee. Sebelum ini saya ada kongsikan cara beli barang di Shopee. Kali ni saya nak kongsikan cara mudah untuk jual barang di Shopee pula.

Bagi yang pertama kali dengar berkenaan Shopee, biar saya terangkan serba sedikit tentang Shopee. Shopee adalah satu lagi ecommerce yang terdapat di Malaysia. Sasaran utama Shopee adalah pengguna telefon pintar yang suka membeli belah secara online. Membeli menggunakan aplikasi Shopee adalah sangat mudah.

Tak percaya?

Tonton video di bawah ni.



Artikel kali ini akan kongsikan bagaimana cara untuk anda mulakan perniagaan anda di Shopee

Pendaftaran Sebagai Seller

Secara umumnya, apabila anda mendaftar di Shopee, secara automatik anda akan dapat 2 akaun iaitu akaun sebagai Pembeli (Buyer) dan juga sebagai Penjual (Seller). Jadi anda sudah tidak perlu untuk buat pendaftaran baru jika anda nak menjual di Shopee.

Tambahan lagi, untuk memulakan jualan di Shopee, anda tidak perlukan dokumen tertentu seperti pendaftaran perniagaan dan akaun bank sepertimana yang diperlukan jika anda nak mulakan jualan secara serius di Lazada Malaysia.

Walaupun pihak Shopee tidak memerlukan dokumen tertentu, tetapi adalah digalakkan untuk anda mendaftarkan perniagaan anda supaya kedai anda di Shopee akan lebih dipercayai terutamanya jika anda baru sahaja memulakan perniagaan di Shopee.

Yuran dan Pembayaran

Setakat ini Shopee tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk anda mula berniaga di Shopee. Malah Shopee juga tidak mengambil apa-apa komisen untuk setiap jualan yang anda buat di platform Shopee. Jadi sementara semuanya masih percuma, anda perlu ambil peluang ini untuk berniaga dan menjana pendapatan di Shopee.


Duit Hasil Jualan Di Shopee

Semua duit hasil jualan anda di Shopee akan masuk ke dalam Shopee wallet. Daripada Shopee wallet itu anda boleh pindahkan ke akaun bank anda ataupun anda boleh beli barang terus dari Shopee menggunakan Shopee wallet.

Shopee wallet adalah penting untuk memastikan keselamatan pembeli. Semua pembayaran oleh pembeli akan dibayar kepada pihak Shopee, apabila pembeli telah sahkan barang telah diterima, barulah bayaran tersebut diserahkan kepada penjual melalui Shopee wallet. Ini akan memudahkan Shopee untuk mengawal penjual yang cuba untuk menipu pembeli. Sekiranya penjual menipu dan pembeli mengadu kepada Shopee, duit bayaran tersebut tidak akan diterima dan mungkin akan dikembalikan kepada pembeli. 


Tonton video di bawah untuk ketahui langkah demi langkah untuk mula menjual di Shopee.



Jika anda lebih suka menggunakan komputer, saya kongsikan juga video cara jual barang di Shopee dengan menggunakan komputer.



Terdapat beberapa kelebihan jika anda menggunakan seller center Shopee di komputer. Antara kelebihannya adalah anda boleh buat kupon dan diskaun untuk barang yang anda jual dengan lebih mudah. Selain itu juga dengan menggunakan seller center anda boleh uruskan tempahan barang yang anda jual dengan lebih mudah dan teratur.

Secara jujurnya, menjual di Shopee adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan menjual barang di Lazada. Tetapi setiap platform mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Secara peribadi, saya lebih cenderung untuk menjual di Shopee kerana tiada yuran dan komisyen yang dikenakan kepada penjual.

1 ulasan: