Sabtu, 1 Disember 2018

Digi Memperkenalkan Digi Wifi Serendah RM0.70

Digi Wifi merupakan perkhidmatan terbaru daripada Digi Malaysia yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menggunakan Wifi yang disediakan oleh pihak Digi di kawasan umum seperti di shopping mall dan lain-lain tempat.

Setakat ini sebanyak 277 lokasi telah disediakan Digi Wifi dan di masa akan datang perkhidmatan ini mungkin akan diperluaskan ke seluruh negara. Penggunaan adalah berdasarkan masa dan bukannya kuota data.

Untuk menggunakan Digi Wifi, ada bayaran dikenakan dan bayaran paling rendah adalah sebanyak RM0.70 untuk penggunaan selama 30 minit.


Pihak Digi menyatakan bahawa kelajuan internet Digi Wifi minimum adalah 4Mbps tetapi bergantung juga kepada berapa ramai yang menggunakan wifi tersebut dan jarak daripada sumber wifi. 

Dalam video di bawah saya kongsikan maklumat-makumat tambahan berkenaan Digi Wifi dan juga pelan-pelan yang ada untuk penggunaan Digi Wifi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan