Sabtu, 1 Disember 2018

Cara Semak Harga Ikan di Pasaran dengan Aplikasi Risikan Harga Ikan

Cara Semak Harga Ikan di Pasaran dengan Aplikasi Risikan Harga Ikan. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengeluarkan satu aplikasi untuk membolehkan pengguna membuat semakan atau perbandingan harga semasa ikan di pasar-pasar utama setiap negeri di Malaysia.

Aplikasi ini akan mengemaskini harga ikan setiap hari pada jam 10 pagi dan harga yang tersenarai dikatakan adalah yang terkini.

Secara umumnya, idea untuk membantu pengguna mengetahui harga semasa ikan adalah amat baik terutamanya jika pengguna nak buat bajet. Tetapi memang rata-rata pengguna sedia maklum bahawa harga ikan kini kebanyakannya lebih mahal berbanding dengan daging ayam.

Dalam video di bawah saya kongsikan bagaimana untuk menggunakan aplikasi risikan harga ikan tersebut.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan