Khamis, 11 April 2019

Cara Beli Barang Di Amazon Guna Amazon App

Sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk membeli barang di Amazon menggunakan komputer di sini: https://youtu.be/z9osBZFZBJk

Amazon adalah salah satu daripada ecommerce yang paling besar dan terkenal di Amerika Syarikat. Amazon.com menjual pelbagai jenis barang dari menjual buku, filem, permainan, DVD , CD muzik, perisian komputer dan barangan lain (seperti Amazon Kindle). 

Amazon.com adalah antara ecommerce terbesar di dunia pada masa ini. Orang yang bertanggungjawab mengasaskan Amazon adalah Jeff Bezos pada 1994 dan melancarkan di atas talian pada 1995. Itulah sedikit berkenaan sejarah penubuhan ecommerce Amazon.



Kini, orang yang tinggal di seluruh dunia termasuklah Malaysia boleh membeli di Amazon dengan mudah.

Dalam video kali ini saya kongsikan pula cara untuk beli barang di Amazon menggunakan Amazon app, yang pada saya lebih mudah. Tambahan lagi, amazon kini telah me masukkan matawang Ringgit Malaysia jadi lebih mudah untuk kita tahh berapa harga sebenar barang yang kita nak beli di Amazon. 

Daftar dan mula membeli barang di Amazon di sini: http://thehaikal.info/amazon 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan