Selasa, 13 November 2018

Bisnes Topup Prepaid Guna Boost App

Menjadi ejen topup ataupun memulakan bisnes topup adalah antara bisnes yang mudah untuk dimulakan dan boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Jika dahulu anda perlukan upline untuk daftar kini ada cara yang lebih mudah untuk anda mulakan bisnes topup anda sendiri.

Kini anda boleh gunakan aplikasi Boost untuk memulakan bisnes topup anda sendiri tanpa menjadi ejen orang lain. 

Berdasarkan pengalaman saya, rebat yang diterima adalah antara 6-10% untuk setiap kali topup. Walaubagaimanapun, topup prepaid yang boleh dijual adalah terhad kepada 7 jenis telco yang utama sahaja iaitu Hotlink, Digi, Celcom, OneXOX, Umobile, Altel dan TuneTalk.

Dalam video dibawah saya akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan Boost App untuk membina bisnes Topup anda sendiri.

Jika anda belum install Boost app, anda boleh install dan daftar secara percuma sahaja.



Pada saya, dengan menggunakan aplikasi Boost, kita boleh mulakan bisnes topup prepaid kite sendiri dengan mudah. Dan ini adalah peluang untuk sesiapa yang nak menjana pendapatan secara sampingan dengan menjual topup.

Malah jika anda tak nak jadi penjual topup prepaid pun, saya sarankan untuk anda install aplikasi ewallet ini kerana anda tetap akan dapat rebat walaupun anda hanya topup untuk diri sendiri.

Selamat mencuba ye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan