Sabtu, 4 Ogos 2018

Cara Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti


Cara Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti. Saya percaya ramai golongan remaja yang kini sedang menanti untuk melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Ada juga yang masih tertanya-tanya adakah mereka benar-benar terpilih atau ianya hanyalah ilusinasi sahaja. Ada yang sudah mula untuk membuat persediaan awal bagi kemasukan ke Universiti awam pilihan mereka. 

Ada juga yang sudah mula membeli barangan mereka untuk masuk ke alam pengajian. Namun, hendaklah dipesan kepada golongan remaja tersebut supaya tidak terlalu boros dan membazir dalam membeli-belah keperluan mereka untuk ke sana. 

Bagi yang sudah mempunyai pengalaman masuk ke Universiti sebelumnya, sudah tentu mereka akan terus berhati-hati didalam berbelanja barang keperluan mereka. Ini kerana, walau dimana-mana anda ditempatkan, tetap sahaja kos sara hidupnya tinggi. Selain hendak membayar yuran pengajian, anda juga hendak mengasingkan duit makanan dan minuman, keperluan diri dan duit kecemasan. 

Disini, ingin saya berkongsikan kepada anda cara-cara bagaimana hendak mengamalkan sikap berjimat-cermat apabila anda sudah masuk ke alam universiti iaitu alam pengajian anda. 




1) Membeli barang yang diperlukan sahaja


Pastinya anda berasa amat teruja apabila hendak melangkah ke alam pengajian, di tempat yang baharu. Mungkin ada juga yang tidak pernah berpengalaman melangkah ke alam yang tersebut. Jadi disini, saya sarankan untuk anda lebih berhati-hati ketika hendak berbelanja. 

Keperluan seperti penyangkut baju, sepit baju, baldi dan lain-lain boleh dipertimbangkan lagi jika hendak dibeli. Cuba periksa di dalam rumah atau di bilik penyimpanan barang, masih ada lagi atau tidak stok-stok bagi mengelakkan dari kita membeli barangan tersebut. Ini dapat mengurangkan pembaziran sedikit demi sedikit. 

Sama juga seperti alat-alat pembelajaran contohnya, pen, pensil, pembaris, pemadam dan lain-lain. Jika anda masih menyimpan lagi alat-alatan seperti itu, kenapa tidak anda terus-menerus menggunakan peralatan itu sahaja. Namun, anda disyorkan untuk mencuba dahulu supaya dapat mengelakkan risiko membawa barangan yang rosak jika anda sudah masuk ke Universiti. Perit jika anda dapat Universiti jauh dan barang pula banyak yang tertinggal dan tidak boleh digunakan!


2) Membeli buku terpakai


Secara umum mengetahui bila ianya berkaitan dengan buku-buku yang akan menjadi rujukan sewaktu sesi pembelajaran amatlah mahal harganya berbanding dengan buku-buku teks sekolah yang dahulu. Jika buku teks sekolah berharga belasan ringgit, buku di alam pengajian ini boleh memakan sebanyak ratusan ringgit! Selain itu, ramai juga mahasiswa atau mahasiswi yang tidaklah semampu orang lain untuk menghulur duit membeli buku-buku yang amat penting dan mahal harganya itu. 

Jadi, anda disyorkan supaya pergi sahaja mencari senior-senior kamu yang lain dan dibawah bidang yang sama untuk bertanya sama ada mereka ingin menjual ataupun tidak kepada mereka pelajar baharu didalam bidang itu. Jika, senior itu berasa keberatan, pujuk sehingga apa yang anda inginkan tercapai. Jika perlu, bagitahu serba sedikit sahaja situasi anda yang mahu berjimat-bermat kerana anda mengalami krisis kewangan untuk membeli buku-buku yang mahal harganya diluar kampus.

Jika anda tidak keberatan untuk bertanya kepada pensyarah anda untuk anda menggunakan buku teks berbentuk fotostat beberapa silibus yang penting untuk dibaca sudah memadai. 

Jika pensyarah anda mengambil keputusan untuk tidak membenarkan, jangan anda hendak menggunakannya lagi kerana dikhuwatiri ianya dapat menimbulkan masalah yang besar dan rumit. 

Jika anda sudah ter-photostat, tidak mengapa. Jadikan buku Photostat itu sebagai buku simpanan untuk belajar sendiri dan lain-lain. 


3) Menyekat duit makan


Perkara ketiga ini amat penting apabila anda sudah menjejakkan kaki keluar untuk pergi belajar ditempat lain. Buat masa itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana rindunya anda dengan masakan ibu dan ayah anda. Dengar macam senang dan ringkas sahaja, tetapi jika anda ada masa cubalah seminggu jangan makan makanan ibu dan ayah kalian, pasti nangis!

Saya janjikan seminggu pertama, memang agak mencabar juga apabila anda duduk berjauhan dengan ibu dan ayah anda, tetapi jika kita sudah terbiasa dengan perkara seperti itu makan semua tidak menjadi sebarang masalah yang amat besar. 

Sekarang, perkara amat penting ialah rakan sebilik anda. Misi pertama ialah memujuk untuk mereka supaya berjimat cermat juga. Terangkan kepada mereka apa kebaikan jika kita berjimat cermat dari awal semester.Pasti ianya mendapat keberuntungan yang cukup besar. 

Jika mereka sudah termakan dengan pujukan anda, misi kedua ialah mengajak mereka untuk berkongsi membeli makanan walaupun ianya berada didalam kampus. Bukan kita mengambil kesempatan tetapi dengan cara ini anda boleh menyimpan dan berjimat cermat di universiti nanti. 

Berkongsi disini ialah dengan membeli lauk sama dengan rakan sebilik anda. Elakkan untuk berkongsi nasi, kerana takut akan menjadi pergaduhan pula. 

Jika anda pandai, membawa masuk rice cooker, Itu lagi bagus. Anda tidak perlu untuk membeli nasi di kedai. Ianya sangat sangat menguntungkan. Tetapi, awas jangan sampai tertangkap oleh orang lain jika anda membawa rice cooker tersebut. . Cukuplah hanya rakan sebiik anda sahaja yang tahu dimana tempatnya rice cooker anda berada. 




4) Menyekat duit pinjaman PTPTN/ Biasiswa


Penyekatan duit pinjaman anda ini amatlah dititik beratkan. Jangan keluarkan duit yang banyak untuk berbelanja secara berlebih-lebihan. Ramai diantara pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran mereka menjolikan hampir separuh daripada duit pinjaman mereka. 

Ada yang menggunakan duit pinjaman mereka membeli barang-barangan yang mahal. Seperti contoh, pakain dari Uniqlo, Mango, Padini dan lain-lain. Ada juga yang membeli telefon bimbit yang baharu seperti contoh Iphone X hanya dek kerana pujukan si rakan handai dan yang paling merungsingkan apabila ada juga yang berbelanja ke arah aktiviti yang tidak bermoral seperti ke kelab-kelab malam dan membeli barang yang terlarang. 

Keluarkan duit pinjaman ini adalah untuk membayar yuran dan ketika mengalami keadaan terdesak dimana, ibu dan ayah kita tidak mampu hendak memberi duit seperti biasa dan kita pula hendak memakai duit. Jadi, anda dilepaskan dan keluarkan lah duit anda untuk tujuan kecemasan. 

Ramai yang beranggapan bahawa, mereka akan membayar sewaktu mereka kerja suatu hari nanti. Namun, ramai yang terkandas ditengah jalan apabila, apa yang mereka inginkan tidak tercapai sepenuhnya. Banyak keberangkalian yang mungkin akan berlaku jadi, bersiap sedialah!

Akhir sekali, ukur baju di badan sendiri, berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut nafsu yang semakin membiak didalam diri. Selamat menyambungkan pelajaran di luar sana. Berhati-hatilah dalam memilih kawan. Kerana kawan-kawan ialah cerminan untuk kita dimasa akan datang. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan