Sabtu, 21 Julai 2018

Cara Diet Cepat dan Berkesan


Cara Diet Cepat dan Berkesan. Ramai diantara rakyat Malaysia kini mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Banyak juga restoran-restoran “fast food” yang sangat canggih dan sangat selesa diluar sana. Cawangan mereka juga di Malaysia, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Mereka juga meraih peluang yang tinggi dan keuntungan yang sangat besar apabila restoran mereka mendapat tempat dihati semua rakyat Malaysia. Tidak kira umur, jantina, pangkat dan warna kulit. Seperti contoh restoran yang menyediakan hidangan “fast food” ini ialah Kentucky Fried Chicken(KFC), McDonalds, Uncle Jack, Pizza Hut dan lain-lain lagi. 

Sangat senang hendak menaikkan berat badan dari 50 KG naik berterusan sehingga 70 KG. Ramai rakyat Malaysia juga tidak menyedari akan risiko dan keburukan yang bakal mendatang apabila berat badan mereka berlebihan. 

Ramai juga rakyat belia Malaysia di antara umur 18 hingga 35 tahun yang mengalami masalah obesiti dan berpenyakit kronik akibat daripada pengambilan makan yang berlebihan, berwarna dan berkalori tinggi . Seperti contohnya buah pinggang dan jantung. 

Hal ini juga, ianya dapat mengurangkan produktiviti dan dapat meninggalkan impak negatif yang besar di dalam generasi yang akan datang. Selain itu juga, jika perkara ini berlarutan kemungkinan peluang negara untuk menjadi mundur akan menjadi sangat besar.

Terdapat beberapa cara yang ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca yang yakin dan konsisten untuk mengamalkan beberapa cara hidup sihat ini. 






1) Target


Pertama sekali yang perlu dilakukan ialah anda perlu menyediakan satu buku nota kecil, dan catat berat badan anda yang terkini, seelok-eloknya selepas bangun dari tidur untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat. Ukur dengan tali tape pula saiz lengan, dada, perut, punggung dan peha. Catat pada setiap 1 minggu sekali apabila anda sudah mulai sesi berdiet. Pastikan anda mempunyai target berat badan anda yang akan datang, contohnya 

Berat semasa : 60 KG 

Berat Target : 50 KG (2 bulan) 

Jadi maknanya dalam masa 2 bulan itu, anda sepatutnya sudah berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 KG. Target penting bagi membuat perancangan awal dan dapat memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan misi anda yang seterusnya. 


2) Kuantiti Pemakanan


Mesti ramai yang tidak tahu betapa pentingnya kuantiti makanan dalam badan anda. Kuantiti Pemakanan yang betul adalah dengan mengikut garis panduan Piramid Pemakanan yang sedia ada. 

Beberapa orang rakyat Malaysia sudah mulai sedar akan pengambilan kuantiti makan perlulah dikawal untuk mendapatkan badan dan kesihatan yang sihat dan baik. 

Jika waktu makan tengahari anggaran masa dalam pukul 1:00 petang, cukup sekadar mengambil sepenumbuk nasi putih, setapak tangan dada ayam, dan semangkuk kedua belah tangan sayur-sayuran yang segar dan sihat. 

Nasi putih perlu diambil sepenumbuk sahaja, kerana nasi di dalam kumpulan carbo. Kesan pengambilan karbo secara berlebihan akan mendatangkan kemudaratan. Seterusya, dada ayam perlu di ambil untuk sumber protein, dada ayam berkalori rendah berbanding anggota ayam yang lain. Pilih sayur-sayuran yang berwarna hijau dan segar untuk mendapatkan zat yang bagus dan banyak berbanding sayur yang berwarna putih. 

Pada seminggu awal sesi diet, memang tidak akan dapat dinafikan tubuh anda tidak selesa kerana kesan daripada pengambilan kuantiti makanan. Tetapi jangan risau ianya hanya kesan yang sementara sahaja.


3) Snack time


Snack time, disini bukan bermaksud anda dibebaskan mengambil jajan seperti tam tam, Super ring, keropok berperisa durian dan lain-lain. Snack time disini bermaksud anda perlu mengambil buah-buahan, kekacang, telur rebus dan lain-lain yang berkhasiat. 

Snack time perlu diambil 3 jam sebelum dan selepas makan tengahari. Waktu ini, anda dilarang sama sekali mengambil makanan yang bergoreng. Untuk memudahkan sesi diet anda, saya sudah bekalkan jadual dibawah untuk menjadi sumber rujukan pada masa akan datang. 

10 AM
1 PM
4 PM
2 biji telur rebus
Makan tengahari
½ epal hijau
½ epal hijau + 10 biji kacang kuda
Makan tengahari
Chawanmushi
(Cendawan+telur)

Snack time bertujuan untuk meringankan beban kelaparan individu di samping dapat menambahkan khasiat, zat, vitamin c dan lain-lain.







4) Senaman


Senaman juga penting untuk menurunkan berat badan secara cepat. Dengan melakukan pelbagai jenis senaman, ia dapat menurunkan kadar kalori dalam badan dalam erti kata lain, senaman ini dapat membakar kalori-kalori yang berlebihan di dalam badan melalui pengeluaran peluh. 

Jika anda masih tidak tahu lagi cara untuk bersenam dengan betul, saya menyarankan anda mencari di Application store dan muat turun beberapa Fitness application yang tertera. Terdapat beberapa aplikasi yang akan memberi kita had masa untuk 1 jenis senaman. Seperti contoh, tekan tubi selama 10 minit, berlari selama 30 minit, berenang selama 1 jam dan macam-macam aktiviti lagi. 

Senaman amat penting untuk membentuk semula tubuh badan menjadi cantik dan ideal. Senaman juga dapat membakar kalori yang berlebihan dengan cepat dan pantas sekali.


5) Elakkan gula, garam, minyak


Masih ingat lagi penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung? Penyakit itu sebenarnya datang daripada gula, garam dan minyak yang diambil secara berlebihan oleh seseorang individu. 

Jika hendak menurunkan berat badan dengan cepat dan pantas anda perlu meninggalkan ke-tiga-tiga jenis bahan tersebut. Anda disarankan hanya meminum air putih sepanjang proses dan sesi berdiet ini dijalankan. Didalam masakan pula, anda perlu meletakkan secubit garam sahaja untuk perisa, dan elakkan bahan-bahan perisa penyedap seperti Ajinamoto atau rencah kiub. 

Ini kerana, dengan pengambilan ketiga-tiga bahan itu ia dapat meningkatkan berat badan dengan kadar yang cepat sekaligus dapat meningkatkan kadar penyakit 3 serangkai terhadap tubuh badan kita. 

Akhir sekali, jika ada usaha, doa dan kena pada caranya InsyaAllah pasti dipermudahkan segala urusan. Janji kita harus menanam sikap berdisiplin dalam diri dan wajib menanam sikap konsisten dalam diet yang diamalkan oleh anda. Akhir kata, selamatkanlah generasi seterusnya untuk menjadi belia Malaysia yang dapat menyumbangkan sepenuhnya bakti dan jasa untuk Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan