Jumaat, 9 Mac 2018

Cara Beli Barang di EZBuy - China, USA, Taiwan, Korea




Ramai yang sudah tahu bahawa membeli barang terus dari China adalah lebih murah. Walau bagaimanapun masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk membeli barang sendiri terus dari China. Anda tidak perlu pergi ke China untuk membeli barang dari China kerana sebenarnya anda boleh membeli terus dari China secara online sahaja. Dalam artikel kali ini saya kongsikan cara yang paling saya gemari untuk membeli belah secara online terus daripada China. 

Salah satu cara terbaik dan kerap saya gunakan untuk membeli barang terus daripada China adalah dengan menggunakan perkhidmatan Ezbuy. Tidak kira anda membeli untuk kegunaan sendiri atau untuk tujuan jual semula, Ezbuy adalah antara cara yang terbaik.

EZBuy dahulunya dikenali sebagai 65daigou. Ia yang merupakan agen yang membantu anda untuk membeli barang dari China. EZBuy juga bukan sahaja boleh membantu anda untuk membeli barangan dari China, tetapi juga boleh membantu anda membeli barangan daripada USA, Taiwan, Korea dan ada juga penjual tempatan. 

Baru-baru ini, EZBuy.my terus maju kehadapan dengan memberikan perkhidmatan untuk membeli barangan dari China dari laman web China lain seperti JD.com dan juga Mogujie.com. Ini adalah 2 lagi laman web barangan China yang mana menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang murah. 

Laman web JD.com



Laman web Mogujie.com



Semua barang-barang yang ada dijual di laman web-laman web ini akan tersenarai dalam laman web Ezbuy. Jadi anda sudah tidak perlu bersusah payah untuk terjemah menggunakan Google Translate ataupun risau bagaimana untuk membuat bayaran.

Sebagai pengguna EZBuy.my, anda akan dapat kelebihan-kelebihan berikut:

1. Pasaran China Dalam Satu Tempat

Laman web EZbuy.my akan menyenaraikan semua barang dari laman web JD dan Mogujie dalam satu muka yang sama. Ini akan memudahkan kita untuk membuat perbandingan harga antara kesemua laman web ecommerce China dan ini juga akan menjimatkan banyak masa. Anda tidak perlu lagi mendaftar dengan 3 laman web berasingan. Sebaliknya, anda hanya perlu daftar sekali di Ezbuy dan anda sudah boleh akses kepada barang yang ada di jual di China. Bukan itu sahaja, malah barangan dari USA, Taiwan dan Korea juga ada disenaraikan.

2. Kos Penghantaran Antarabangsa Yang Lebih Rendah

Kos pengantaran pembelian barang daripada China biasanya terdiri daripada 3 bahagian iaitu:

Kos domestik China – dari kedai ke Gudang EZbuy di China 
Kos antarabangsa – dari Gudang China ke Gudang di Malaysia 
Kos domestik Malaysia – dari Gudang di Malaysia ke rumah kita 

Anda mempunyai pilihan untuk menjadi ahli biasa ataupun ahli Prime EZbuy. Dengan keahlian Prime, kos penghantaran antarabangsa (China ke Malaysia) untuk pembelian anda adalah tetap RM8.80 tanpa mengira berat, saiz dan jenis barang yang anda beli. Ini akan memberikan anda penjimatan kos penghantaran yang banyak sekiranya anda membeli secara borong. 

Untuk kos penghantaran domestik di Malaysia, bayaran adalah bergantung kepada berat barang yang anda beli. Secara umum, jadual pembayaran untuk kos penghantaran domestik di Malaysia adalah seperti berikut:

Weight(KG) West Malaysia
0-15 RM 8
15-40 RM 20
40-60 RM 30
60-100 RM 60
100-160 RM 120
>160 Every Next 1kg add RM1
`
Weight(KG) East Malaysia - Sarawak East Malaysia - Sabah
0-2 RM 12 RM 15
>2 Every Next 1kg add RM6 Every Next 1kg add RM6



Tips: Untuk mendapatkan lebih penjimatan, sila pastikan anda membeli barang menghampiri berat maksimum bagi kos penghantaran tersebut. Sebagai contoh kos menghantaran untuk 15kg pertama adalah RM8. Sebaiknya barang yang anda beli hendaklah mencecah berat sekurang-kurangnya 14.5kg untuk memaksimumkan penjimatan kos penghantaran.

Jika anda tinggal di Lembah Klang, Johor Bahru atau Penang, anda lebih beruntung kerana anda boleh ambil sendiri barang anda di lokasi terpilih secara Percuma atau kos yang sangat minima iaitu RM2.90. Lihat senarai penuh lokasi pengambilan barang di sini

3. Perkhidmatan 'Buy For Me'

Jika barang yang anda nak beli tidak tersenarai dalam laman EZbuy.my, anda boleh minta bantuan pihak EZbuy untuk membuat pembelian untuk anda. Katakan anda ada nak beli barang di Taobao, tapi barang tersebut tidak tersenarai dalam Ezbuy, anda juga boleh minta Ezbuy belikan. 


4. Bahasa Mudah Difahami

Jika anda masuk ke laman web JD dan Mogujie, semuanya adalah dalam bahasa Cina. Untuk pengguna berbangsa Cina mungkin tiada masalah, tetapi bagi yang tidak memahami bahasa Cina, menjadi satu kesukaran untuk membeli melalui laman web tersebut. Walaupun boleh menggunakan Google Translate, tetapi tetap ada bahagian yang tidak boleh dialihbahasa dan ini akan menyukarkan kita untuk membeli di laman web tersebut.

Lain pula dengan Ezbuy, laman web EZbuy lebih mesra pengguna dan lebih mudah difahami kerana menggunakan bahasa Inggeris pada paparan laman web tersebut. Ini memudahkan pengguna untuk mencari barang dan membuat pembelian.

5. Proses Pembayaran Yang Mudah 

Oleh kerana EZbuy.my mempunyai pejabat dan Gudang di Malaysia, pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menggunakan perbankan online. Pembayaran juga hanya sekali sahaja yang merangkumi harga barang dan juga 3 kos penghantaran yang saya sebutkan sebelum ini.

Secara peribadi, membeli barang China menggunakan EZbuy adalah sangat mudah. Saya sendiri merupakan pengguna dengan keahlian Prime dan saya sudah menggunakan EZbuy sejak beberapa tahun lagi. Setakat ini tiada masalah dengan setiap tempahan yang saya buat. Jika ada sebarang kemusykilan, boleh terus chat dengan khidmat pelanggan (waktu bekerja).





Saya sangat mengesyorkan anda yang nak membuat pembelian secara borong dari China untuk menggunakan perkhidmatan EZbuy. Tidak kira anda berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain, Ezbuy memang akan memudahkan anda membeli barang terus daripda China. Jika anda belum ada akaun EZBuy, anda boleh mendaftar secara percuma dan anda akan diberikan RM15 secara percuma dalam akaun anda.

Untuk lebih memahami dengan lebih mendalam, boleh tonton video di bawah:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan