Ads Top

Cara Buat Duit Dengan Review Aplikasi


Sebelum ini saya dah terangkan cara untuk buat duit dengan aplikasi android. Kali ni saya nak terangkan tentang cara buat duit dengan review aplikasi. Jika anda pengguna smartphone anda boleh jana pendapatan dengan menjadi pengulas game dan juga aplikasi. Tidak kira sama ada anda pengguna Android atau iOS, kedua-duanya berpeluang untuk menjana pendapatan.

Setiap hari terdapat ribuan aplikasi baru dilancarkan di Google Play dan App Store. Malah kebanyakkannya sukar untuk mendapat tempat kerana persaingan yang terlalu tinggi di Google Play dan App Store. Oleh itu bantuan anda diperlukan untuk mencuba aplikasi tersebut dan kemudian memberikan ulasan tentang aplikasi tersebut.

Tidak kira ulasan yang diberikan baik atau buruk, anda tetap akan dibayar. Apabila anda mendaftar, anda akan diberikan satu laman web serta database aplikasi untuk anda dicuba. Kemudian anda perlu pasangkan aplikasi tersebut pada telefon pintar anda dan kemudian buat ulasan ringkas berkenaan aplikasi tersebut.


Memperkenalkan Appcoiner



Appcoiner adalah satu platform di mana anda akan diberikan satu laman web untuk anda menulis review untuk aplikasi yang tersenarai. Contoh website yang akan diberikan kepada anda adalah seperti ini:


Bagaimana anda akan dapat duit dengan review aplikasi?

Tugas utama adalah untuk menulis review dan juga untuk mempromosikan website anda. Ini kerana website andalah yang akan bantu anda buat duit melalui 3 cara iaitu:
  1. Affiliate
  2. Opt In
  3. Download App
Dalam website anda akan diletakkan link affiliate yang merujuk kepada ID Clickbank anda. Jika anda belum mempunyai akaun Clickbank, anda boleh buat secara percuma di sini - Clickbank

Jika anda perhatikan pada gambar di atas, terdapat emel opt in pada website anda. Setiap kali ada pengguna yang melanggan emel, secara automatik mereka akan dihantar emel promosi untuk produk yang berkaitan dengan aplikasi android atau iOS. Sekiranya mereka membeli, anda akan dapat komisyen.

Sekiranya mereka menekan butang download dalam website anda, mereka akan disiarkan banner dengan link affiliate anda. Sekiranya pengguna mendapatkan produk tersebut anda akan dapat komisyen.

Semua 3 cara di atas akan berlaku secara automatik. Anda tidak perlu copy paste link affiliate ataupun hantar emel kepada pembaca website anda. Tugas anda hanyalah untuk menulis review dan mempromosikan website anda supaya lebih ramai orang yang mengunjungi laman web anda. Anda juga tidak perlu buat website sendiri kerana semuanya telah di sediakan untuk anda. 

Semua pendapatan anda akan dikumpulkan di Clickbank dan anda akan dibayar dengan menggunakan cek.

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat tentang Appcoiner di sini - Appcoiner



Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dengan Review Aplikasi. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.