Ads Top

Cara Mencari Jodoh


Cara Mencari Jodoh. Setiap yang beriman perlu yakin bahawa jodoh itu itu sudah ditetapkan. Semua perkara dalam kehidupan kita telah ditetapkan sejak kita di dalam rahim ibu lagi. Apabila kandungan mencapai umur 4 bulan, perkara berkaitan kehidupan dan kematian kita akan ditentukan.

Salah satu perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan kebahagian kita adalah berkaitan dengan pasangan atau jodoh. Walaupun jodoh itu telah ditetapkan, sebagai manusia biasa, kita juga perlu berusaha untuk mencari jodoh bukannya hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa. Tidak kira lelaki atau perempuan, usaha mencari jodoh yang baik adalah penting untuk kebahagiaan dan kehidupan di masa hadapan.

Dalam artikel kali ini akan membincangkan beberapa cara untuk mencari jodoh dengan cara yang betul serta beretika. Etika semasa mencari jodoh adalah penting untuk memelihara kesucian sebagai seorang muslimin dan muslimat.


1. Berdoa

Tiada yang lebih utama daripada berdoa. Malah doa itu sendiri adalah senjata utama umat Islam. Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mencari jodoh adalah dengan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah supaya dipermudahkan pertemuan dengan jodoh. 

Anda boleh amalkan mana-mana doa untuk mencari jodoh atau paling mudah, doalah dengan perkataan sendiri untuk dipermudahkan bertemu jodoh.


2. Melalui Keluarga

Mungkin ramai yang kurang bersetuju jika jodoh anda ditentukan oleh keluarga. Tetapi hakikatnya, ia adalah salah satu bentuk usaha untuk mencari jodoh. Jika anda ada masalah untuk mencari jodoh sendiri, anda boleh mewakilkan keluarga anda terutamanya ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anda. 


3. Melalui Rakan

Anda juga boleh mencari jodoh melalui rakan-rakan yang anda percayai. Biasanya rakan ini adalah rakan anda yang telah berkahwin. Jika kawan anda adalah orang yang baik dan dipercayai, insyaAllah calon pasangan anda yang dicadangkan juga adalah baik. Ini kerana kawan anda akan lebih mudah mencadangkan kawan yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan mereka. 

Kawan-kawan anda juga mungkin mempunyai rakan atau saudara mara yang juga sedang mencari jodoh, mereka boleh memperkenalkan anda kepada rakan atau saudara mara mereka kepada anda.

4. Melalui Media Sosial

Media sosial juga jika digunakan dengan baik boleh menjadi salah satu usaha untuk mencari jodoh. Tetapi perlu diingatkan untuk tidak terlalu mendedahkan maklumat diri anda. Sekiranya ada orang ingin berkenalan dengan anda atau anda ingin mengenali seseorang secara serius, sebaik-baiknya berjumpa mereka bersama rakan lain ataupun lebih baik lagi berjumpa bersama keluarga. 

5. Portal Mencari Jodoh

Di Malaysia sendiri terdapat beberapa portal mencari jodoh yang baik untuk mencari jodoh. Anda hanya perlu mendaftar secara percuma dan memberikan butiran diri anda. Walaubagaimana pun, adab-adab menggunakan portal mencari jodoh adalah penting. Jangan terlalu mendedahkan maklumat diri anda. 

Sekiranya ada yang ingin mengenali anda secara serius atau ingin berjumpa dengan anda, pastikan anda tidak datang bersendirian. Lebih baik lagi datang bersama rakan atau ahli keluarga. Ini adalah penting untuk mengelakkan dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Terima kasih kerana membaca Cara Mencari Jodoh. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.