WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Bandingkan Harga Hotel

Bandingkan Harga Hotel

Tahukah anda cara bandingkan harga hotel? Memandangkan cuti sekolah telahpun bermula dan ibu bapa mula merancang untuk pergi melancong bersama keluarga, kali ini saya ingin kongsikan cara untuk membuat perbandingan harga hotel dengan mudah sebelum kita pergi bercuti.

Jika kita nak bandingkan harga satu persatu melalui laman web tempahan hotel, pastinya agak sukar dan memakan masa yang lama untuk kita membuat pilihan terbaik. Malah mungkin kita akan terlepas pandang tawaran hotel-hotel yang hanya diberikan sekiranya tempahan dibuat secara atas talian.

Memperkenalkan Trivago



Pernahkah anda menggunakan Trivago? Jika pernah anda boleh terus skip artikel ini dan berikan komen dan pengalaman anda tentang perkhidmatan Trivago di ruangan komen. Jika tidak pernah guna, teruskan membaca artikel ini.

Ok. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, kita boleh terus cari hotel atau kita boleh daftar dengan menggunakan akaun Google atau Facebook.

Perbandingan harga hotel

Trivago adalah laman web yang membolehkan kita membandingkan harga hotel yang ditawarkan oleh laman-laman web tempahan hotel seperti Agoda, Booking.com, Hotel.com, Expedia, AirAsiaGo dan lain-lain. Trivago menyatakan mereka bandingkan harga hotel dari 200 lebih laman web tempahan hotel. Ini bermakna, dengan menggunakan Trivago, kita akan dapat lihat senarai harga yang ditawarkan oleh pelbagai laman web tempahan hotel dalam satu laman web. Ini akan memudahkan kita untuk membuat semakan harga hotel

Walau bagaimanapun, tempahan hotel adalah melalui laman web asal yang menawarkan harga hotel tersebut. Trivago tidak menerima bayaran daripada kita, Trivago hanya membantu kita membandingkan harga hotel. 

Belum pernah cuba Trivago? Pastikan anda mencubanya untuk percutian anda yang seterusnya.




Terima kasih kerana membaca Cara Bandingkan Harga Hotel. Berikan pendapat dan pengalaman anda menggunakan perkhidmatan Trivago.

Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.


click tracking